.::Lagu-Lagi::.

08 Julai 2008

Perenungan: Baca! Singapuraku

Saya menjalankan Aktiviti Baca! Singapura kerana aktiviti itu menggalakkan kami untuk membaca buku-buku cereka beramai-ramai. Cikgu Manaf cerita kepada kami dua buah novel iaitu “Mail Mahu Kahwin?” dan “Harum Kencana”.

Kami pula membaca “Singapuraku” daripada Hafizah Talib. Kami juga meringkaskan cerita tersebut dalam cerita. Kami juga digalakkan memberi ilustrasi untuk menghiasi kotak tersebut. Sebahagian dari kami mempersembahkan kotak cerita mereka.

Kemudian, kami membuat surat kiriman tenteang cerita tersebut. Kami juga membuat boneka dan buku dialog untuk melakonkan cerita tersebut. Cikgu Manaf mengambil gambar dan merakam kami untuk diletakkan dalam blognya.

Pada pendapat saya, saya lebih gemar membuat perkara seperti begini kerana lebih seronok daripada membuat kerja sekolah dan kertas ujian. Saya juga bangga melihat muka Cikgu Manaf yang sentiasa gembira pada waktu itu.